Istilah fiqh bermaksud memahami.
Ilmu fiqh bermaksud pengetahuan tentang hukum-hakam syar'iah Islam berkaitan perbuatan/amalan manusia yg diambil dari dalil-dalil secara detail.
Untuk keluarkan satu hukum, contohnya hukum memegang khinzir (babi), ulama' fiqh akan gabung 6236 ayat dalam al-Qur'an (beserta tafsirnya) dan berpuluh ribu hingga ratusan ribu hadis-hadis untuk dibuat ijtihad dan dikeluarkan fatwa. Prosesnya bukan mudah kerana ulama' perlu ilmu usul fiqh untuk berijtihad.
Kalau ade orang nak tanya tentang hukum agama berkaitan ibadah dan amalan, jadi kategorinya ialah 'fiqh'. Contohnya hukum pakai celak, hukum dengar muzik, hukum baca doa' Qunut, hukum tidur lepas Subuh, dsbnya.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment