Tuesday, May 8, 2012

Bedah mayat / autopsi

Yusra, bedah mayat ni perlu bagi menjaga kemaslahatan manusia yang hidup dan juga demi keadilan untuk si mati.


Hukum asal:
"Memecahkan (mematahkan) tulang mayat sama seperti memecahkannya sewaktu hidupnya" -riwayat Abu Daud, Ibn Majah, al-Baihaqi dan Imam Ahmad.

Fatwa:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia kali ke-61 pada 27 Januari 2004 memutuskan: "Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan darurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan khususnya dalam bidang perubatan"

Fakta-fakta:
-Doktor patologi bedah mayat untuk kenalpasti punca kematian, sebab nak tulis dalam sijil kematian. Doktor hanya bedah mayat bila punca kematian secara fizikal luaran tak dapat ditentukan.
-Punca kematian penting untuk urusan tuntutan insuran, takaful, bypass pembiayaan, saman, sabit kesalahan jenayah dll.
-Dalam kes jenayah, mahkamah akan keluarkan arahan dekat polis untuk buat pembedahan, waris/keluarga si mati takleh halang urusan pemerintah.
-Kadang-kadang diagnosis pesakit yang masih hidup pun tak dapat tentukan punca penyakit, bila dah mati, buat autopsi, baru dapat tau punca penyakit dan kematian.

Wallahu'alam .

No comments:

Post a Comment